KANDUNGAN DAN KHASIAT TOMATO DALAM MIRUKU WHITE :)

TOMATO

haii, salam sejahtera  🙌

Hari saya akan kongsikan khasiat yang ada dalam tomato yang digunakan dalam produk miruku white 😄 ... banyak khasiat yang kyta belum tahu tentang tomato ne sebenarnya bkan hanya untuk kulit malah bnyak lagi kegunaannya ..

First, saya kongsi kandungan tomato dulu yaa yang mana setiap kali kyta makan tapi kyta pun xtahu apa kandungannyakan 😮

Tomato merupakan sumber vitamin A, vitamin C dan asid folik yang baik. Ianya mengandungi banyak nutrisi dan antioksida, termasuklah alpha-lipoic acid, lycopene, choline, folic acid, beta-carotene dan lutein.


Satu bahagian kecil tomato (lebih kurang 123 gram) boleh memberikan anda 22 kalori, 0g lemak, 5g karbohidrat dan 1g protein – sumber yang baik jika dibandingkan dengan makanan yang lain.
Alpha-lipoic acid boleh membantu badan menukarkan glukosa kepada tenaga. Sesetengah nasihat mencadangkan bahawa alpha-lipoic acid ini boleh membantu badan mengawal kadar glukosa dalam darah, lantas memperbaiki peredaran darah dan melindungi pesakit kencing manis daripada retinopati.
Lycopene pula adalah antioksida yang memberikan tomato warna merah tersebut. Manakala choline merupakan nutrisi yang membantu anda untuk tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan daya ingatan.
Choline juga boleh mengekalkan struktur membran sel, membantu penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan risiko penyakit kronik.
Beta-carotene dan lutein pula adalah kandungan yang boleh memberikan kesihatan kepada mata anda. Sesetengah pengeluar makanan tambahan mengekstrak bahan tersebut untuk dijadikan pil supplement mata.
wahhhh sekarang baru saya tahu apa kandungan tomato menarik kan kandungan tomato ne 😊

dah tahukan kandungan tomato ? sekarang saya bagi khasiat tomato plak okay 😏

1. Mengurangkan Risiko Masalah (Sakit) Jantung

➤Menurut kajian yang dilakukan di Tufts dan Universiti Boston, America Syarikat menyatakan bahawa pengambilan lycopene (salah satu nutrisi tomato) boleh mengurangkan risiko masalah kardiovaskular dan masalah jantung sebanyak 30%

2. Kaya Dengan VItamin Dan Mineral

➤Tomato boleh membekalkan badan dengan vitamin dan mineral yang banyak seperti vitamin A, vitamin K, vitamin B1,B3,B5,B6,B7, vitamin C, folat, zat besi, potassium, magnesium, chromium, choline dan phosphorus.

3. Tomato Boleh Mengurangkan Kesan Buruk Merokok

➤Percaya atau tidak, tomato boleh mengurangkan kesan buruk yang disebabkan oleh asap rokok. Ia tidaklah merawat, namun boleh mengurangkan kesannya.
Tomato mengandungi asid coumaric dan asid chlorogenic yang boleh melindungi badan daripada bahan yang karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser) yang dihasilkan oleh asap rokok.
➽saya kongsi yang ni dulu yaa nnti saya sambung lagi bnyak lagi khasiat yang ada dalm tomato ne tau.
➽jgan cakap orang yang merokok xboleh cuba tomato sebagai penawar tau sbb tomato dapt mengurangkan kesan kepada perokok daripada penyakit kanser.

Comments

Popular Posts

Total Pageviews